Pengalaman Interview Cabin Crew Malaysia Airlines.

Haluu Assalamualaikum.

Harini aku tetiba rajin untuk share pengalaman aku menghadiri temuduga sebagai cabin crew dengan malaysia airlines. 

aku tahu ramai kat luar sana memang bercita-cita nak jadi pramugari kan. termasuklah budak kampung macam aku ni. ni merupakan pengalaman pertama aku laa join interview ni. sebelum ni aku terlintas jugak nak cuba nasib tapi masih takde keberanian la nak try. dari aku umur 18 aku google tarikh-tarikh temuduga pramugari sampailah aku umur 22 and dah habis diploma dah pun , barulah aku beranikan diri join interview tu.

dan bermula la kisah pada 10 februari 2017 . seketul donut seperti aku menlangkah kaki keluar dari kereta tapi bukan aku yang drive. abah aku drive. sampai je depan academy mas kat petaling jaya penuh weh kereta. bersusun tepi jalan depan academy tu. tahulah aku ramai yang join interview ni. so abah aku turunkan aku dan mak aku depan gate mas academy sementara abah aku carikan parking. masuk je gate tu ada security yang sangat mesra akan suruh kau isi borang pengesahan pelawat. tulis nama , ic number , tarikh and masa kau masuk. masatu baru pukul 9 macam tu. lepas dah rekod nama apa semua aku dan mak aku pun jalan la depan sikit. tapi mak aku hanya boleh teman aku kat tangga lobi je. so bermulalah episod aku bersendirian.

depan pintu lobi tu ada seorang lelaki yang akan senyum ramah kat kau and akan bagi borang and nombor giliran. bayangkan baru pukul 9.15 nombor aku dah 33*. kau bayangkan la berapa ramai yang datang. masa kat lobi tu aku tengok macam tak ramai je. aku senyum sambil melangkah masuk ke lobi. kami kena berkumpul kat kafeteria. sebaik aku masuk kafeteria. aku terpegun, terpegun weh, ramai gila yang datang plus cantik cantik. aku rasa macam tengok fashion show. kebanyakkan pakai office attire tapi serious cakap aku terus rasa kerdil. ramai jugak yang pakai kebaya termasuk aku. 

aku pun pergilah kat satu sudut dan aku nampak ada seorang wanita bertudung. aku pun tegur dan berkenalan dengan dia. kebetulan nombor dia satu nombor awal dari aku. nama dia nabila dan umur 28 tahun, aku pun sembang dengan nabila tu sementara nak tunggu nombor giliran aku dipanggil. 

lepas nombor aku dengan nabila dipanggil. kitorg pun beratur la. oh ya! dia akan panggil 10 org. maksudnya dari no 330 sampai 339. kami bersepuluh ni pun beratur pergi ke tempat untuk menimbang berat , tinggi dan bmi. tinggi minimum adalah 157. yang kurang dari tu kena reject terus. sampai je terus kena bukak kasut, kau pakailah heels berapa inci pun time nak timbang tu korang kena bukak kasut. time ni aku boleh tengok ramai yang dah kena reject , sebab tinggi tak cukuplah , bmi tak normal lah , bmi terlebih lah. Pokoknya , bmi korang kena normal. tak boleh kurang weh , lebih pun takleh. time nabila timbang tu aku dah start nervous sebab tinggi nabila tak lepas. tinggi dia 155. aku macam terkejut jugaklah sebab nabila rendah sikit je dari aku. sampai turn aku ,staff Mas pun suruh aku naik atas penimbang. berat aku masatu 50.8kg. bila turn nak ukur tinggi serious cakap jantung aku dupdap dupdap. lepas timbang je staff Mas cakap tinggi aku 158.8. tarik nafas lega sat. so bila bmi aku dikira aku lepas ke next process.

next process ni dimana pihak Mas akan check ic , sijil spm dan akan mintak resume dan gambar berukuran passport. kena kredit dalam bm dan bi. dan lepas pihak Mas check aku pun terus ke next process.

lepas process tu , aku kena tunggu kat depan sebuah bilik untuk join loc briefing dan juga jawab quiz. tak lama lepas tu kitorg dipanggil masuk satu bilik. macam bilik kuliah gitu. masa tu ada briefing sikit , pasal Mas , tips2 nak lulus interview , and waktu ni kau boleh tanya apa yang kau nak tanya and jawab quiz. quiz ni dalam masa 15 minit tak silap aku. diorg akan bagi kertas soalan dan kau kena jawab. takboleh google dan sebagainya. soalan dia banyak pasal negara contohnya bila malaysia ditubuhkan , bunga terbesar dunia , lagu negaraku banyak lagilah . aku tak ingat . and ada jugak pasal MAS. siapa Ceo Mas lepastu ada soalan pasal masa. contohnya , jauh malaysia ke indonesia sejam setengah. berlepas dari indonesia pukul 3 setengah dan pukul berapa akan sampai malaysia. tu antara soalan quiz tu. 

lepas dari quiz tu aku dan yang lain disuruh pergi ke auditorium. tunggu giliran untuk ditemuduga oleh panel temuduga. temuduga ni enam orang akan ditemuduga serentak dalam satu bilik. lepas setengah jam tunggu tibalah giliran aku dan lima orang lagi dipanggil menuju ke bilik temuduga. antara enam tu nama aku dulu yang dipanggil diikuti dengan lima orang lagi. 

masuk je dalam bilik tu , kami berenam diminta untuk duduk dikerusi yang disusun dihadapan panel. nervous sangat masatu sampai tangan berpeluh weh. soalan pertama semestinya introduce yourself. so kami berenan memperkenalkan diri. dan yang paling aku suka panel yang interview aku sangat sporting. tak serious sangat. aku rasa selesa dalam bilik interview tu. nervous pun hilang. 

selain dari soalan introudce yourself ,  banyak soalan lain lagi yang panel tanya. contohnya rukunegara , lagu negaraku. nak tau kenapa mereka tekankan sangat soalan soalan berkaitan negara sebab yelah bila dah join malaysia airlines kau akan bawak malaysia bersama kau . kapal terbang pun ada bendera negara kita weh, kau merupakan ambassador malaysia. so kau kena banyak tahu pasal negara kau. bila pelancong asing tanya kau , kau akan tenang je jawab sebab kau tahu benda tu. 

lepas dari soalan tu, kitorg kena borak borak pasal haiwan peliharaan. kitorg kena sembang macam kita sembang biasa tu. contoh macam aku ada kucing , kucing aku cute bla bla bla.. ha gitu. panel nak tengok macam mana kau berinteraksi dengan rakan sekerja kau even kau baru je kenal dia. nak tengok kau senang ngam ke tak ngn orang baru, sebab nak jdi cabin crew of course kau kena mesra . macam tula.  dah habis sesi ni kitorg pun kena balik kat auditorium untuk tunggu keputusan.

lepas dapat keputusan ,aku tak dapat ke next stage. tapi takpe mungkin bukan rezeki aku kalini. tapi aku tak kecewa sebab sekurangnya aku dah dapat pengalaman ni dan dah pun mencuba. macam orang kata la. biar gagal mencuba dari tidak mencuba. oh ya apa yang aku suka sangat pasal interview kalini , staff Mas yang handle temuduga ni semua sangat ramah , friendly , suka senyum dan aku suka persekitaran macam tu. 

so kepada korang yang takde keberanian nak join interview tu , apa kata korang buang rasa tu dan pergi je cuba. tak salah pun kita nak mencuba. lantaklah orang nak gelakkan kau ke , cakap kau berangan lebih ke apa ke , persetankan setan setan tu. haha setiap kejayaan bermula dengan langkah. setiap langkah membawa kau kepada kejayaan. kalau tak dapat jangan give up. cuba lagi dan perbaiki apa yang kurang. so sampai sini dulu. kalau korang nak tanya apa apa jangan malu untuk tanya aku. aku akan bantu korang selagi aku mampu.

salam sayang dari aku,

alinananana 



Comments

  1. bestnye experience u....i suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haluu. saya dah buat blog baru sebab blog yang ni saya lupa password. jom ke blog baru saya untuk baca lebih banyak experience cabin crew yang akan saya update.

      Delete
  2. interview cabin crew tu termasuk customer service ke stwardess je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya join ni untuk stewardess sahaja. tapi yang latest ni saya pergi untuk sesiapa yang failed iv untuk stewardess diorg tawarkan untuk jadi customer service. boleh bukak page official mas. btw jom ke blog baru saya alinaaalifejourney.blogspot.com

      Delete
  3. Miss kalau ketinggian cuma 154cm je .diterima ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak diterima sis. sebab syarat dia mesti 157cm untuk perempuan. first sebelum dibenarkan iv , diorang akan ukur tinggi , berat dan bmi kita. kalau lepas baru boleh ke next stage.

      Delete
  4. Hello miss .bole tanya ke..13hb4 bulan ni sy dipanggil untuk interview pramugari dan ticket..tetapi ketinggian sy cuma 154cm .dan keputusan spm sy English tak kredit..akan diterima ke tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai maaf ye sebab lambat sangat reply. kalau pramugari 157cm keatas untuk perempuan dan kena kredit english. kalau tak silap saya jika tak kredit english boleh ambil muet sis. tak pun repeat paper spm untuk english.

      Delete
  5. Hello sis..I'm Ayda.I minat sangat nak join CC tapi BM and BI mmg x pass but I've take TOEIC exam but I've scored 380 only is it will pass or not?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pass BI boleh ambik toeic exam tapi tak sure berapa scored yang dikira. nanti sis boleh bukak website airlines yang sis nak pergi iv tu.

      Delete
  6. Kak, nk tanya, akak masa intv ni kan da abis dip kan.. Dip akak ade kene mengena dgn dip cabin crew ke?? Kalau macam saya baru 18 tahun BM dan BI saya A.. Boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kena mengena . sbb akak ambik engineering. boleh sangat apply. sbb syarat min dia spm sahaja.

      Delete
  7. Replies
    1. ye. speaking 100% masa iv dengan panel.

      Delete
  8. Akak kalau crew cabin bole bertudung ke

    ReplyDelete
  9. Sebelum training tu akak ade buat payment untuk pra pendftaran ke ?

    ReplyDelete
  10. Ank akak minat nk jadi pramugari dan rasanya dia ada semua kelayakan cuma dia tk pernah ada pengalaman interview mahu pun kerja,jadi dia kurang berkomunikasi, umur dia baru 19 tahun, agak2 bole ker agaknya dia lps utk interview

    ReplyDelete
  11. Hi sis bolh tk awk buat grop watsap utuk perbincangan pramugari ni?sbb saye teringin nk masuk pramugari.

    ReplyDelete
  12. Titanium Ring | Titanium Arts
    The Iron Ring has been designed to elevate the craftsmanship of the babyliss titanium flat iron Iron Ring for titanium white acrylic paint years. Designed for the production of the Rings and is nano titanium by babyliss pro the titanium trim reviews first to feature titanium tv alternative

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

jerawat dan aku