jerawat dan aku

haluu gais!

so harini aku nak kongsi masalah kulit aku dari okay kepada tak okay.
selalunya orang akan share dari tak okay kepada okay. kalini aku nak share dari okay ke tak okay.

dari aku kecik aku tak pernah la naik jerawat teruk ni , cuma kekadang naik jerawat seketul dua tu normal lah kan. lepastu jerawat tu surut balik dan begitulah keadaan jerawat aku sehingga lah aku jejak kaki kat politeknik.

aku belajar kat sebuah politeknik kat pantai timur. so masatu kan popular produk sendiri dari founder founder pantai timur ni. so ada satu hari tu aku berbaring di atas katil aku sambil scroll instagram and zappp... tetiba muncul la orang promote satu produk ni. Am**aBeauty. berbekalkan duit ptptn yang baru masuk aku pun apa lagi oder la. tanpa buang masa aku cari peniaga online yang boleh COD kat kawasan politeknik aku. lepas deal apa semua akhirnya aku pun dapatlah produk tu. perasaan excited masa tu jangan cakap la. nak lawa punya pasal beli satu set weh. mahal pulak tu. sangup pulak aku beli. haha. harga produk tu sekitar Rm150 macam tu la. lepas seminggu aku nampak perubahan weh, serious kulit aku cantik , jadi glowing gitu. member aku semua tegur. gila tak kembang hidung aku. hahaha.

lepas sebulan aku pakai produk tu aku decide nak stop pakai sebab mahal weh. rabak poket aku. aku rehat kejap muka aku selama sebulan , masatu kulit aku okay je. takde pulak nak tumbuh apa pun lepas stop produk tu. so aku pun gatal la beralih ke produk lokal yang lain. yang lebih murah dan mampu dibeli la. S**aBeauty. guess what! selama seminggu aku pakai muka aku naik jerawat yang kecik kecik macam ruam tu. masa tu aku berhuhu dalam hati. bila tanya seller dia cakap healing crisis. aku yang benak sikit masatu percayalah so aku teruskan pakai macam biasa. membazir weh kalau tak pakai. sampailah jerawat aku makin teruk. naik tak berhenti. parut jangan cakapla macam apa dah. so aku stop pakai dan semakin teruk weh.

lepastu aku cuba pulak produk No****N. produk ni dia hilangkan parut kat muka aku. tapi jerawat ruam aku tu tak hilang pun. tak sempat habis aku pakai aku pun cuba produk yang tengah trending masa tu t***. bila pakai produk tu kemudian viral cakap ada mercury apa semua so selamatlah produk tu mendarat kat tong sampah. aku bru pakai sebulan. satu set pulak tu aku beli. ruginyalah.

lepas dari kejadian tu aku insaf sekejap guna produk lokal ni. tapi bukan semua produk lokal tak elok . produk first yang aku pakai okay je. maybe tak sesuai dengan kulit aku kan. sejak dari tu aku guna produk drugstore. and berkat kesabaran aku pakai barang drugstore jerawat ruam aku tu hilang. kulit aku licin weh. cuma tak putih je.

sebagai seorang perempuan mesti ada jugak sifat tak bersyukur tu, macam aku lah. jerawat hilang pastu nak putih pulak. nampak sangat jenis tak bersyukur. haihh!! aku scroll ig tetiba sorang instafamous ni putih melepak upload gambar dia sebelum dan selepas dia guna produk lokal yang berjenama C*****Beauty. so aku wanita yang lemah mudah terpedaya telah membeli produk itu satu set. harga Rm160. bukan sekali ye aku beli. aku beli dua kali. yang botol kedua tu aku tak pakai sebab kulit aku naik jerawat yang macam ruam tu balik. kau rasa? dan aku rasa menyesal gila. kalau rm160 tu aku boleh dapat produk drugstore yang lain yang jauh lebih murah.

dan sekarang aku tengah struggle hilangkan sebab aku dah nak konvo weh. alahai! nanti kalau dah hilang jerawat tu aku akan share la produk apa yang aku guna tu. sampai sini dulu.

salam sayang dari aku

alinanananana

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Interview Cabin Crew Malaysia Airlines.